08 December, 2011

LATIHAN KATA ADJEKTIF

BAHAGIAN A
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ .
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah

2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang

3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil

4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang

5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut

6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin

7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut

8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju

9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras

10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok

BAHAGIAN B
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai .
1. Masakan ibu saya sungguh ___________.
2. Pokok kelapa yang ____________ itu sudah berbuah .
3. Adik tidah suka makan ubat kerana rasanya _______________ .
4. Rosnah suka memakai baju berwarna ________________ .
5.Jangan bergaur dengan budak-budak _______________ itu .
6. Badan Mazlin _______________ kerana menghidap penyakit leukimia .
7. Muka Rosni ________________ seperti bulan mengambang .
8. Abang menunggang motosikal terlalu _______________ .
9. Jalan ke rumah Steven _____________ dan bengkang-bengkok .
10. Nenek Saodah tidak dapat makan kuih itu kerana terlalu ______________ . 


LATIHAN:KATA kerja

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 . Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh
C mengenang
D mengerang

2. Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat
B menggeletar
C menggelupur
D menggelepar

3. Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang
B dibuang
C dihalau
D ditindas

4. Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk
B mengetuk
C memukul
D memalu

5.  Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit
 B melenyek
C memerah
D menindih

6. Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut
B menyambar
C merampas
D mengambil

7.  Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan
B menjalankan
C mengadakan
D melahirkan

8 . Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah
B terpisah
C terpecah
D terbahagi

9.  Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur
B meneguk
 C mengunyah
D menghisap

10 . Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang
B menimbang
C melaksana
D melihat

11. Lilian ....buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan
B menyerahkan 
C memulangkan
D menghulurkan

12 . Peniaga itu ......keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih
B mencapai 
C mengumpul
D mengais

13.  Mulut adik .....semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A tertutup
B tersengih
C terlopong
D terkatup

14.  Fauzan .....kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu
B menyambut
C mengajak
D menanti

15.  Banduan itu terpaksa .....di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap
B menginap
C meringkuk
D menumpang

16 . Syarikat Tonggak Maju mampu.....projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A menganjurkan
B melaksanakan
C meningkatkan
D mengadakan

17.  Adik .....kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
A terjatuh
B tertimpa
C terhantuk
D terhempas

18.  Elina .....perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
A melekatkan
 B menampalkan
C mencantumkan
D meletakkan

19 / Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ......sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
A melepasi
B melangkahi
C mengharungi
D menyeberangi

20.  Lidahnya melecur kerana .....air yang masih panas itu.
A terhisap
B tertelan
C tersedut
D terhirup

LATIHAN: KATA NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 . Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan

2  Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi

3.  Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam

4 . __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang

5.  __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian

6.  __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
 C Pemudi
D Pemuda

7.  Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doctor
 B perwira
C mekanik
 D pemandu

8. Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
 D bilik air

9.  Cikgu Rozita merupakan bekas ________di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa

10.  __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun
B Batang
C Pelepah
D Mayang

11.  Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar

12. Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura

13. Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China

14. Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah di kampung mereka.
A Isnin
B Rabu
C Ahad
D Jumaat

15.Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato. Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai
B rumah
C dewan
D masjid

16.  Kaum ______diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah .
A gadis
B isteri
C betina
D wanita

17.  Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.
A pesawah
B penoreh
C nelayan
D petani

18. kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong
B pendatang
C rakyat
D murid

19. Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.
A motosikal
B basikal
C kereta
D beca

20. Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________
A perkhemahan
B pelancongan
C petempatan
D perkampungan

AYAT PASIF AYAT AKTIF



1.       Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2.    Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3.    Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
4.    Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
        5.  Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya…
(a)        tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti    
diri kedua.
Contohnya:
                        i. Bola itu saya tendang.
                        ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)        berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
        6. Ayat pasif terdiri daripada:
(a)        ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata
sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
         7. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.

(d) Dia sedang menjahit baju.
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
     supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.