06 December, 2011

AYAT PERINTAH

1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang,
    mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
3. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
4. Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
3. Contoh :
 Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
            Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
3. Contoh :
            Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
            Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
4. Contoh :
  Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
             Jangan petik bunga itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
4. Contoh :
            Sila bawa sejadah bila ke surau.
            Jemputlah menikmati
            Datanglah ke rumah saya. (silaan)


AYAT TANYA

1. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu
i)  Ayat tanya tanpa kata tanya.
ii) Ayat tanya dengan kata tanya.
2. Ayat tanya digunakan untuk menanya sesuatu perkara. Terdapat ayat tanya biasa, ayat tanya sonsang, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.
3. Kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya adalah seperti; apa, bila, mana, siapa, bagaimana, mengapa, kenapa dan berapa.
Kata TanyaPenggunaan
ApaBenda, binatang
BilaMasa
ManaTempat
SiapaOrang
BagaimanaCara
MengapaSebab
KenapaSebab
Berapa
Bilangan
Ayat Tanya Biasa
Subjek di depan dan predikat di belakang.
SubjekPredikat
Orang itusiapa?
Ayat Tanya Songsang
Predikat dikedepankan, subjek dikebelakangkan.
PredikatSubjek
Siapakahorang itu?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti; apa, siapa, berapa, mengapa dan bagaimana.

1.   Mengapakah kamu berdua datang lambat ke sekolah pada hari ini?
2.   Bilakah ibu bapa kamu akan pulang dari Perak?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soalan (?). 
1.   Encik Chandran pengarah syarikat itu?

AYAT PENYATA

1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
3. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita,
    benda, kejadian, dan sebagainya.
4. Contohnya:
·         Kakak sedang menyiram bunga.
·         Lembu itu akan dijual
·         Mereka berkumpul di padang sekolah
·         Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
·         Bangunan sekolah sudah tua.
·         Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.

AYAT

1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :

Subjek
Predikat
1. Afendi

2. Kakak

3. Ibrahim

4. Zulkfli
5. Ayam itu
guru

menyapu sampah.

bermain bola sepak.
Minum teh
asyik berkokok.