03 December, 2011

KATA PENEGAS

Kata Penegas
Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

- kah- lah- tahJua
JugaSahajaHanyaMemang
LagiPun  
Contoh ayat

Itulah rumah saya.

Pernahkah awak makan sup daging arnab ?

Apatah dayaku untuk menolongnya.

Kuciing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

Hanya Kamal yang belum bayar yuran.

Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.


 

KATA PENGUAT


Kata Penguat


 

1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

PalingAgakSungguhAmat
TerlaluNianBenarPaling
3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.

4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.

5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.

2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.

3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.

4.     Kereta api itu sangat laju.

5.     Kereta itu laju sangat.

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah-lah-tahjua
JugaSahajaHanyaMemang
Lagipun  
Contoh

1.     Itulah rumah saya.

2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.

3.     Apatah dayaku untuk menolongnya.

4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

5.     Hanya Kamal yang belum membayar yuran.

6.     Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Nafi

1.     Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

2.     Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

3.     Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

 Contoh

a)     Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

b)     Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.

4.     Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh

a)     Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

b)     Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5.     Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh

a)     Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Kata Pemeri

1.     Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

2.     Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

3.     Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.

4.     Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh

a)     Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

b)     Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

c)      Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.


 

KATA PEMERI

Kata pemeri
1. Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

 

Contoh ayat

1. Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

2. Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

3. Rojak ialah makanan kegemaran saya.

4. Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

KATA NAFI

Kata Nafi

 

1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

 

Contoh ayat

 

1. Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

2. Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.

 

Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

 

Contoh ayat

1. Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

2. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

3. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

4. Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

5. Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.


 

KATA BILANGAN

Kata Bilangan

 

1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.

2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

 
Jenis Kata Bilangancontohnya
kata bilangan tentusatu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahansuku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahansetiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunankedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkatpertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanyaberapa
Jenis Kata Bilangancontoh

Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.

1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.

Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.

1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.

1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.

Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.

1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

 

KATA TANYA

Kata Tanya

 

1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.

2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.

4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat

5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.

contoh

a. Apakah benda itu ?

b. Buku siapakah ini ?

 
kenapaKenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bilaBilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapaEngkau ini siapa ?
mengapaMengapakah baju awak ini basah ?
apaApakah nama binatang itu ?
bagaimanaBagaimanakah rupa hantu ?
berapaDi dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
manaNelayan itu dari mana ?

KATA SERU

Kata Seru

 

1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

4.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

 
Kata SeruPenggunaannyaAyat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahuntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wahuntuk menyatakan perasaan hairan atau kagum1. Amboi, mahal betul kereta itu!2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cihuntuk menyatakan perasaan marah dan benci1. Cis, berani dia menentangku!2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
ehuntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut1. Eh, kamu sudah sampai!2. Eh, tadi dia ads di sini!
haiuntuk menegur seseorang atau menarik perhatian1. Hai, diamlah sikit!2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
Contoh lain kata seru dan ayat

Kata SerumaksudContoh ayat
wahaimenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang !
amboimenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah Nah, terimalah habuanmu !
aduhperasaan sakitAduh, sakitnya tanganku ini !
wahperasaan hairanWan, cantiknya merak ini !
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebahmarahBedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cismarah atau jijikCis, awak rupanya yang menjadi batu api !
ohterkejut hairan, gembira atau mengharapOh, itu rupanya rumah kamu !Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
ehhairanEh, bila ia terjadi !
syabasgembira, puas, memuji atau ucap tahniahSyabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahaimenghinaAlahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamakterkejutAlamak, sudah pukul 8.00 pagi !
hahairanHa, budak itu yang menang !
Ya-AllahterkejutYa-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allahhairan atau marahMasya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

KATA BANTU

Kata Bantu

 

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.

Contoh

AkanBelumMasih
TelahSudahHarus
BolehDapatHendak
Mesti  
1.     Kereta api dari utara telah sampai.

2.     Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.

3.     Adik Rahimah belum tahu berjalan.

4.     Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.

5.     Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

KATA HUBUNG

Kata Hubung



 






1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.






2.     Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:






(a)    kata hubung gabungan,






(b)    kata hubung pancangan,






(c)    kata hubung berpasangan.






3.         Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:






Kata Hubung Gabungan / Pancangan






 





Contoh

Ayat Contoh

agar

Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

apabila

Mukanya pucat apabila disoal.

atau

Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

bahawa

Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

dan

Leela dan Siu Lan berjiran.

hingga

Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.

Jika

Saya berpayung jika hujan.

Jikalau

Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.

kecuali

Semua murid Nadir kecuali Gopal.

kerana 

Aini menangis kerana terlalu sedih.

lalu      

Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

manakala

Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambil  

Zalifah bernyanyi sambil menari. 

serta

Zahid serta abangnya menonton wayang.

semenjak

Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

sementara

Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

sungguhpun

Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.

supaya

Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.

walaupun

Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.

tetapi

Badannya besar tetapi penakut.



Kata Hubung Berpasangan
          






 





Contoh

Ayat Contoh

Baik - mahupun

Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.

Baik- baik

Baik Daud baik adiknya samasama pintar.

bukan sahaja malah

Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

entah    entah

Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.

Jangan – pun

Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.

Kian – kian

Kian lama kian banyak orang yang ke sana.

Sama ada – ataupun

Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.

sedangkan...inikan pula

Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.

semakin...semakin

Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.

sungguhpun...tetapi

Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

walaupun...namun

Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.


2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar






 





Dan

hingga

lalu

ketika

Dengan

yang

tetapi

jika

Kerana

serta

kalau

kemudian

demikian

walhal

walau

agar

atau

demi

supaya


3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.






 





semasa

sementara

seharusnya

andaikata

semoga

seketika

sebaliknya

sedangkan

setelah

sesungguhnya

walaupun

itupun

sewaktu

seandainya

meskipun

sekali[un

mudah-mudahan

moga-moga

jikalau

bagaimanapun

padahal


contoh ayat






1. menggabungkan dua ayat






            Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.






2. Menggabungkan dua rangkai kata






            Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.






3. Menggabungkan ayat-ayat






            Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.




KATA SENDI

Kata Sendi

 

1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

 
Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadapuntuk menunjukkan emosi dan sikap1. Adik sayang akan kucing.2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untukuntuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dariuntuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripadauntuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
diuntuk tempatDi dalam dompet itu ada wang.
denganuntuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/sampaiuntuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu1. Dia bekerja hingga malam.2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
keuntuk tempat dan benda konkrit1. Kereta api menuju ke Padang Besar.2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepadauntuk menunjukkan orang atau kata ganti diriKes itu diserahkan kepada pihak polis.
olehuntuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter-1. Buku itu dibaca oleh Salmi.2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
padauntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejakuntuk menyatakan makna suatu jangka masaDia tidak makan sejak semalam.
seperti/umpama/bakuntuk menunjukkan persamaan dengan yang lain1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentanguntuk menyatakan makna mengenai sesuatuBeliau berucap tentang masalah penagihan dadah.