25 November, 2011

KATA KERJA

Kata Kerja
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut   ( objek ).

2. Ayat ini mesti ada penyambutnya ( objek )

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

 4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio.
‑              mendengar ialah kata kerja transitif
‑              radio ialah objek (kata nama)

5. Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan, memper‑, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
 Contoh ayat :
 1. Kucing itu menangkap seekor burung.
 2. Perempuan itu menjual sayur.
 3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Contoh ayat:
(a)           Pak Abu menjala ikan.
(b)           Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)           "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua           
                 kampung.
(d)           Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)           Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)            Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
 Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

2. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

3. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an, dan ber...kan. Contohnya:
(a) Ravi belum datang lagi.
(b) Murid‑murid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.

Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

2. Ada tiga jenis kata kerja pasif.
(a) kata kerja pasif diri pertama
(b) kata kerja pasif diri kedua
(c) kata kerja pasif diri ketiga

3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku‑. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau‑. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.

5. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di‑. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan


KATA NAMA

KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
    Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu   
    yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti
    tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan   
    Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

(a)  konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat  dilihat
(b)  abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata   
    nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu – pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Nama Khas

1.    Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan
     untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan   
     yang tidak bernyawa.

     2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
         Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama   
         bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut
         sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi



Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian